Am : Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Lancar


KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam ini lancar, dengan tiada sebarang kesesakan teruk dilaporkan berlaku. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara) dan Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan), keadaan dilaporkan terkawal manakala di Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) berlaku sedikit peningkatan jumlah kenderaan. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments