Rencana : Kadar Baharu SST: Peniaga Berperanan Tentukan Harga - Pakar


Pada 1 Mac lepas, kadar baharu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dinaikkan daripada enam peratus kepada lapan peratus dikuatkuasakan, mencetuskan polemik bahawa akan berlaku peningkatan harga barang secara mendadak. Lebih-lebih lagi pelaksanaan kadar baharu SST tersebut begitu hampir dengan permulaan sesi persekolahan 2024/2025 dan bulan Ramadan, biarpun Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kadar baharu itu tidak membabitkan barangan keperluan asas seperti makanan serta perkhidmatan tertentu termasuk telekomunikasi. Dua minggu berlalu, pemerhatian Bernama di beberapa buah pasar raya serta bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang mendapati ada peningkatan harga namun tidak melibatkan semua jenis barang.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments