Rencana : Bina Dahulu Jual Kemudian Mampu Atasi Isu Lambakan Projek Sakit, Terbengkalai


Bukan sahaja dilanda dilema tetapi juga dibelenggu trauma dan inilah realiti yang menimpa 2,400 pembeli Projek Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), Residensi Hektar Gombak, Selangor. Nampaknya harapan agar rumah yang dibeli sejak lebih lima tahun lepas dapat dimilki dan diduduki seperti yang dirancang sebelum ini, masih tinggal harapan. Semuanya gara-gara projek perumahan itu disahkan sebagai projek perumahan bermasalah (sakit) oleh Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada April tahun lepas (2023). -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments