Rencana : Mudah Cari Rezeki Antara Punca Warga Asing Enggan Pulang Ke Negara Asal


Artikel ini adalah yang pertama daripada laporan khas bersiri tiga bahagian tentang apa yang dikatakan "lambakan"  warga asing di negara ini. Bahagian pertama ini mengupas sejauh mana kebenaran isu itu serta punca.   Matahari sudah tegak di ubun-ubun, namun suasana sebuah pasar pagi di Meru, Klang, Selangor ini masih sibuk dengan aktiviti perniagaan. Pelanggan yang datang di penghujung waktu operasi kedengaran tawar-menawar, cuba mengurangkan harga serendah mungkin, mengambil peluang daripada keinginan peniaga yang mahu segera menghabiskan jualan mereka.  Di sebuah gerai jualan ayam segar, seorang lelaki dalam lingkungan usia 30-an dengan parasnya jelas menunjukkan dia bukan warga tempatan, sibuk memotong ayam untuk pelanggan. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments