Rencana : Perkasakan Tulisan Jawi Dengan AI


Pada satu ketika, tulisan Jawi begitu gah di negara ini, serta diangkat sebagai tulisan perantara dalam pelbagai bidang seperti kesusasteraan, agama, sains dan sejarah. Malah, sejarah merekodkan pada awal abad ke-15 Masihi tulisan Jawi digunakan dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat serta perdagangan. Tulisan Jawi adalah huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan ini dipercayai wujud sejak abad ke-10 Masihi di gugusan kepulauan Melayu. Malah, tulisan ini pernah menjadi tulisan rasmi negara Brunei Darussalam selain digunakan secara meluas di Malaysia dan Indonesia. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments