Rencana : Lima Dekad Penubuhan, JAWI Terus Mantap Fungsi Dan Operasi


Bermula dengan nama Urusetia Majlis sebelum ditukar nama kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), tempoh hampir lima dekad menyaksikan pengukuhan peranannya sebagai peneraju pengurusan hal ehwal Islam di bawah pentadbirannya. Sambutan Jubli Emas JAWI pada 1 Februari 2024 pastinya juga mengimbau pelbagai kejayaan serta cabaran yang dihadapi dalam mentadbir ketiga-tiga cawangannya, bermula dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, diikuti Cawangan Labuan (16 April 1984) dan Cawangan Putrajaya (1 Ogos 2001). Pendekatan konsep Khaira Ummah atau kesejahteraan ummah yang dijadikan slogan rasmi institusi ini sempena Jubli Emas depan bukan sahaja mendambakan sebuah masyarakat yang mencapai kemajuan daripada aspek fizikal dan kebendaan semata-mata, sebaliknya harus dipandu dengan akhlak dan nurani selaras dengan membangunkan Malaysia Madani. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments