PUTRAJAYA, 23 Jun (Bernama) -- Jumlah kes demam denggi meningkat 5.8 peratus kepada 2,608 kes pada Minggu Epidemiologi ke-23 (ME23) iaitu bagi tempoh 4 hingga 10 Jun berbanding 2,466 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya. -BERNAMA