Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR (Bernama) – Perubahan amalan kerja akibat pandemik COVID-19 membawa hanya sedikit kemajuan daripada sudut bilangan wanita yang menyandang jawatan kanan dalam organisasi korporat di Malaysia, demikian menurut satu laporan baru-baru ini. Menurut Grant Thornton International Business Report: Women in Business 2023, hanya 40 peratus jawatan pengurusan kanan di negara ini dipegang oleh wanita dan peratusan itu adalah sama seperti tahun sebelumnya. Grant Thornton adalah syarikat antarabangsa yang menawarkan perlbagai khidmat nasihat yang menyeluruh. -BERNAMA

0 Comments