Rencana : COVID-19: Kes Harian Baharu Bawah 2,000 Kes


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 1 Okt hingga pukul 12:00tgh 7 Okt 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.85 juta kes. Di peringkat global, lebih 625 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.55 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 605 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 untuk minggu pertama Oktober 2022 berada bawah paras 2,000 dengan 1,794 kes dilaporkan semalam (6 Okt) termasuk lima (5) kes import dan empat (4) kes kematian.  Kumulatif kes COVID-19 Malaysia kini sebanyak 4,811,871 kes dan setakat semalam (6 Oktober), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat sebanyak 23,601 kes aktif COVID-19 dan 95.8 peratus (22,617 kes) dikuarantin di rumah. Kes terendah untuk Oktober setakat ini adalah 1,244 (3 Okt) berbanding 1,186 yang dicatat pada 26 Sept. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments