Rencana : COVID-19: Jumlah Kes Harian Baharu Minggu Pertama Oktober 11,017 Kes


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 1 Okt hingga 7 Okt 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.85 juta kes. Di peringkat global, lebih 626 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.55 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 605 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebanyak 11,017 kes harian baharu COVID-19 dilaporkam untuk tempoh minggu pertama Oktober 2022 dengan angka kes harian berada bawah paras 2,000 kes. Semalam (7 Oktober), sebanyak 1,788 kes dilaporkan termasuk enam (6) kes import dan tiga (3) kes kematian.  Kumulatif kes COVID-19 Malaysia kini sebanyak 4,851,896 kes dan setakat semalam (7 Oktober), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes aktif COVID-19 sebanyak 23,877 dan 95.7 peratus (22,859 kes) dikuarantin di rumah. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments