Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA PILAH (Bernama) – Sungai bukan sahaja menjadi sumber air dan rezeki khususnya untuk masyarakat sekitar tetapi juga mempunyai pelbagai manfaat. Di samping hasil tangkapan terutamanya ikan, anugerah alam ini juga boleh dijadikan lokasi untuk banyak aktiviti sosial dan kebudayaan yang diwarisi daripada nenek moyang. Bagi penduduk di Negeri Sembilan, antara aktiviti sosial yang begitu popular sejak dahulu ialah ‘ngoca’, iaitu aktiviti menangkap ikan beramai-ramai menggunakan tangan dan lazimnya tertumpu di kawasan sungai, tali air atau kolam. -BERNAMA

0 Comments