KOTA KINABALU (Bernama) – Azmah Nordin, 64 ,yang berasal dari Kedah berhijrah ke negeri di bawah bayu Sabah, hampir 49 tahun lalu mengikuti suaminya, Hussain Othman, anak kelahiran Papar. Ketika mengahwini cinta hatinya itu, Azmah tidak tahu bahawa ayah dan ibu suaminya mempunyai darah campuran yang begitu unik. Bapa mentuanya, Datuk Hj Othman Yousof berketurunan Cina dan Kadazandusun sementara ibu mentuanya, Ridjah Mukri mempunyai darah campuran Jawa dan Cina. "Kalau difikirkan, keluarga besar kami boleh dikatakan contoh Keluarga Malaysia, tambahan anak lelaki saya, Husaini mengahwini seorang gadis Melayu Brunei yang tinggal di Kimanis (daerah Papar). -BERNAMA

0 Comments