Rencana : Hanya 14,345 Kes Baharu COVID-19 Untuk Minggu Pertama September


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 3 Sept hingga pukul 11:59mlm 9 Sept 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.80 juta kes. Di peringkat global, lebih 613 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.51 juta kes. Lebih 591 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Hanya 14,345 kes harian baharu COVID-19 dikesan untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (3 Sept-9 Sept) berbanding 15,796 kes untuk tempoh yang sama minggu sebelumnya (27 Ogos-2 Sept). Setakat ini untuk bulan September, kes terendah dilaporkan pada 5 haribulan sebanyak 1,486 kes. Kes terendah dicatat pada bulan sebelumnya ialah sebanyak 1,946 pada 29 Ogos. Semalam (9 Sept), sebanyak 1,990 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan termasuk dua (2) kes import.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments