
Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 17 Sept hingga pukul 12:00tgh 23 Sept 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.82 juta kes. Di peringkat global, lebih 619 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.53 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 598 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 dalam negara sepanjang bulan September ini masih kekal di bawah 2,500 dengan 2,245 dilaporkan semalam (22 September) termasuk enam (6) kes import. Setakat ini, kes terendah dilaporkan pada 19 haribulan sebanyak 1,307 kes berbanding kes terendah untuk bulan Ogos 2022 iaitu 1,946 pada 29 Ogos. Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama 17 Sept hingga 22 Sept 2022, jumlah kes adalah sebanyak 10,541 kes, menyusut 12.5 peratus berbanding tempoh yang sama 10 Sept hingga 15 Sept 2022 iaitu 12,049 kes. -
BERNAMA
0 Comments