Rencana : 'Sewang' Simbolik Pertahan Alam Sekitar Buat Orang Asli Temiar


Oleh Soon Li Wei Rencana ini sempena Hari Orang Asli Sedunia yang disambut pada 9 Ogos 2022. GUA MUSANG (Bernama) -- Suasana petang 14 Jun lepas di Kampung Kaloi yang dihuni kira-kira 22 buah keluarga Orang Asli suku kaum Temiar begitu meriah daripada biasa. Terletak 37 kilometer dari pekan Gua Musang, hampir semua penduduk kampung iaitu kira-kira 70 orang turun padang bergotong-royong membuat persediaan untuk upacara ‘Sewang’ tanpa menghiraukan cuaca panas. ‘Sewang’ adalah antara upacara turun-temurun masyarakat Orang Asli bagi meraikan tetamu, perayaan, mengubati penyakit ataupun meminta ‘petunjuk’ untuk merungkai masalah. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments