Rencana : COVID-19 Sudah Ragut 36,003 Nyawa


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 30 Julai hingga pukul 12:00tgh 5 Ogos 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.69 juta kes. Di peringkat global, lebih 586.5 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.43 juta kes. Lebih 556.6 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia lebih dua tahun lalu setakat ini mengorbankan 36,003 nyawa dengan kumulatif kes meningkat kepada 4,697,213. Kes COVID-19 yang masih aktif dalam negara pula sebanyak 47,534 dan daripada jumlah itu, sebanyak 96.6 peratus (45,928 kes) menjalani kuarantin di rumah. Sebanyak 4,413 kes harian baharu dilaporkan semalam (4 Ogos) termasuk enam kes import.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments