Rencana : COVID-19: KKM Lapor Kes Harian Baharu Lebih 4,000


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 2 Julai hingga pukul 12:00tgh 8 Julai 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.58 juta kes. Di peringkat global, lebih 558 juta kes dilaporkan setakat ini dengan kes kematian sekitar 6.36 juta kes. Lebih 531 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 negara melonjak kepada sebanyak 4,020 kes semalam (7 Julai) setelah mencatat 3,561 kes sehari sebelumnya. Kali terakhir angka kes mencecah 4,000 adalah pada 24 April iaitu sebanyak 4,006 kes. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sebelum ini sudah mengingatkan akan berlaku gelombang baharu COVID-19 berdasarkan peningkatan kes di negara jiran Singapura, pada Rabu lepas melaporkan peningkatan kes termasuk kategori 3, 4 dan 5 serta sub-varian Omicron BA.5 dikesan di negara ini. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments