KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Pakar agroteknologi dan hortikultur Greenyield Bhd mendapat kelulusan daripada pemegang saham bagi memperoleh 65 peratus kepentingan ekuiti dalam Greenyield Rubber Holdings (M) Ltd (GRHM) pada harga RM87.8 juta dalam urus niaga pihak berkaitan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) hari ini. -
BERNAMA
0 Comments