Rencana : COVID-19: Lebih 13,000 Kes Baharu Dilaporkan Minggu Ini


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 11 Jun hingga pukul 11:59mlm 17 Jun  2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.53 juta kes. Di peringkat global, lebih 543 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.33 juta kes. Lebih 518 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebanyak 13,777 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan untuk seminggu ini (11 Jun - 17 Jun 2022) berbanding 10,978 kes minggu lepas (4 Jun hingga 10 Jun). Semalam (17 Jun) kes harian baharu masih sekitar 2,000 iaitu sebanyak 2,130 kes, menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 meningkat kepada 25,626 kes dan kes kumulatif sebanyak 4,536,795 kes. Selangor kekal menyumbang kes harian tertinggi semalam dengan 776 diikuti WP Kuala Lumpur 553 kes, Pulau Pinang 168 kes, Perak 148 kes dan Sabah 115 kes. Negeri-negeri lain melaporkan kes harian baharu dua (2) angka iaitu Negeri Sembilan 82 kes, Johor 60 kes, Melaka 54 kes, Sarawak 53 kes, Kedah 44 kes, Pahang 26 kes, WP Putrajaya 22 kes, Terengganu 14 kes dan Kelantan 11 kes. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments