Rencana : COVID-19: Kes Harian Baharu Meningkat 32 Peratus


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 11 Jun hingga pukul 12:00tgh 17 Jun 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.53 juta kes. Di peringkat global, lebih 543 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.33 juta kes. Lebih 518 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 mencatat peningkatan sekitar 32 peratus sepanjang hampir seminggu lalu dengan semalam (16 Jun) sebanyak 2,033 kes dilaporkan. Berdasarkan data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang enam hari lepas (11 Jun hingga 16 Jun 2022), sebanyak 11,647 kes harian baharu COVID-19 direkod berbanding 8,812 kes untuk tempoh yang sama 4 Jun hingga 9 Jun 2022. Rekod kes semalam menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 negara sebanyak 24,577 kes, sementara jumlah kes sejak pandemik ini melanda Malaysia lebih dua tahun lalu, sebanyak 4,534,665 kes. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments