Rencana : Malaysia Nikmati Kadar Tarif Elektrik Antara Terendah Di ASEAN


Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Penularan pandemik COVID-19 yang disusuli konflik Rusia-Ukraine mengakibatkan industri elektrik global terus berdepan krisis harga berikutan peningkatan mendadak harga bahan api fosil iaitu arang batu, gas asli dan petroleum. Harga arang batu misalnya, kini mencecah lebih US$200 setan sementara harga minyak mentah dunia pula sudah melebihi paras US$113 setong - suatu keadaan yang akan terus mendorong kenaikan harga arang batu dunia berikutan peningkatan permintaan.  Lonjakan harga bahan api fosil, khususnya arang batu, menyebabkan industri elektrik negara menerima tempias dengan kos penjanaan elektrik kini meningkat 4.5 kali ganda. Ini kerana arang batu dan gas asli digunakan untuk menjana hampir 93 peratus bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia, dan kos penjanaan termasuk bahan api pula membentuk lebih 65 peratus daripada tarif asas elektrik. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments