Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Penggunaan pelbagai sumber bahan api dan pemberian subsidi telah membolehkan rakyat Malaysia berterusan menikmati kadar tarif elektrik antara terendah di rantau Asia Tenggara sejak sekian lama, meskipun sektor tenaga sentiasa ditekan oleh pelbagai faktor luaran dan dalaman. Begitupun kenaikan luar jangka harga bahan api khususnya arang batu dan gas asli sejak penularan COVID-19, mewujudkan tekanan luar biasa sehingga menimbulkan tanda tanya sejauh mana daya tahan tarif elektrik negara. Ini kerana hampir 93 peratus elektrik di Semenanjung Malaysia dijana menggunakan arang batu serta gas asli, dan pada masa ini harga arang batu dunia melonjak ke paras lebih US$200 setan serta dijangka terus meningkat berikutan krisis Ukraine-Rusia. -BERNAMA

0 Comments