Rencana : NFT Gaming Mampu Melonjak Ekonomi Gig Malaysia


Oleh Tan Su Chiat KUALA LUMPUR (Bernama) -- Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, sebut sahaja "Ekonomi Gig" spontan tergambar di minda, pemandu e-hailing dan penghantar makanan, masing-masing dengan tugas menghantar penumpang atau bungkusan, makanan dan minuman. Buat masa ini, ekonomi gig di Malaysia dikuasai oleh syarikat teknologi yang besar seperti Grab, Foodpanda dan Shopee. Kebanyakannya bermula secara sederhana tetapi perkhidmatan yang ditawarkan semakin menjadi popular menerusi penggunaan aplikasi syarikat masing-masing Bagaimanapun, keadaan pada masa depan mungkin berbeza seperti yang dikongsi oleh Datuk Clifford Hii, pengasas Metabond Group Sdn Bhd, sebuah syarikat teknologi tempatan. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments