Rencana : Kisah Anak Muda Penjinak Lembu, Penarik Pedati


Oleh Shanika Abdullatib MELAKA (Bernama) -- 'Abang' dan 'Adik' memperlahankan langkah sebaik sahaja kedengaran "Hoooo", suara lantang mengawal pergerakan dua ekor lembu berwarna putih dan kelabu yang menarik pedati berwarna coklat gelap, berbumbung unik ini. Dengan bonggol bersaiz hampir sejengkal jari orang dewasa, dua ekor lembu itu adalah antara lapan 'nadi penggerak' kereta lembu yang menjadi sebahagian identiti khazanah sejarah dan pelancongan di negeri penuh bersejarah, Melaka. Mungkin ramai yang tidak tahu tugas melatih dan menjinakkan haiwan itu untuk patuh pada arahan bukanlah sesuatu yang mudah. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments