Rencana : Suri Rumah Puas Dapat Kuasai Cabaran Kek 3D, Jana Pendapatan Keluarga


Oleh Balkish Awang KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kecenderungannya terhadap cabaran mendorong suri rumah Nurul Nadia Aqilah Azri, 27, mengukir satu demi satu kek tiga dimensi atau 3D yang penghasilannya diakui ramai sebagai amat renyah dan memerlukan kesabaran, ketelitian serta daya kreativiti yang tinggi. Namun wanita ini tidak menduga kegemarannya itu yang hanya bermula untuk mencari pendapatan sampingan pada 2017, kini turut menjadi sumber pendapatan utama keluarga selepas suaminya Saifudin Mat Husin, 26, menghidap penyakit kronik dan tidak dapat melakukan kerja berat sejak 2018.  Menggunakan jenama The Cake Village, Nurul Nadia Aqilah yang mesra dipanggi Dhia, memanfaatkan platform dalam talian untuk mempromosikan dan memasarkan kek buatannya, selain hebahan dari mulut ke mulut.   -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments