Rencana : Gejala Lambat Bercakap Kanak-kanak Meningkat, Keterdedahan Peranti Antara Punca - Pakar


Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes gejala anak kecil lambat bertutur menunjukkan peningkatan ketara pada tahun-tahun kebelakangan ini, terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, kata seorang pakar pediatrik. Tanpa menyatakan statistik, Dr Kenneth Looi Chia Chuin menjelaskan trend itu dikesan berdasarkan pemantauannya terhadap kes yang diterima, dan antara penyebab utama gejala ialah keterdedahan kepada peranti secara melampau. “Ketika PKP, kebanyakan ibu bapa terpaksa bekerja dari rumah dan bagi mengelakkan si anak mengganggu mereka ketika bekerja, si anak dibekalkan peranti agar mereka leka dengan permainan dalam talian, video dan sebagainya. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments