Rencana : Rakam Momen "Winter Sonata" Di Labis Sunrise Farm


Oleh Soon Li Wei LABIS (Bernama) -- Winter Sonata, drama Korea yang cukup popular ketika disiarkan kira-kira dua dekad lepas, bukan sahaja mewujudkan komuniti peminat K-drama di negara ini tetapi juga memperkenalkan keindahan Korea Selatan, khususnya Pulau Nami yang menjadi antara lokasi penggambaran drama itu. Justeru, tidak menghairankan jika kini pulau itu menjadi tumpuan pelancong yang mahu merakam momen indah persis watak dalam Winter Sonata. Namun, bagi yang tidak berkesempatan mahupun berkemampuan ke sana, ada destinasi alternatif ala Pulau Nami di negara ini. Terletak kira-kira lima kilometer dari pekan Labis dan 25.4 km dari Segamat,  ladang buah-buahan dan tanaman berkonsepkan agropelancongan Labis Sunrise Farm menawarkan kelainan dengan pengunjung yang menginap di situ berpeluang melihat keindahan matahari terbit di antara Gunung Ledang dan Gunung Maokil.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments