Rencana : Melakar Potret Sambil Berdakwah 


Oleh Balkish Awang KUALA LUMPUR (Bernama) -- Berdakwah bukan semestinya menerusi ceramah semata-mata dan ini yang dilakukan oleh Asni Abu Mansor yang menggunakan seni kemahiran melukisnya untuk menyampaikan ilmu dakwahnya. Asni yang juga seorang 'hafizah',  mula menggunakan lukisan sebagai wadah untuknya menyampaikan dakwah ketika mengembara di sesuatu tempat bersejarah. Sehingga kini, pendakwah tersohor Malaysia berusia 46 tahun ini sudah menghasilkan hampir 300 lukisan sejak mula aktif melukis sejak tahun 2013. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments