
Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 22 Jan hingga pukul 11:59mlm 28 Jan 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.85 juta kes. Di peringkat global, lebih 369 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.6 juta. Lebih 292 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun kedua sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Institusi pendidikan terus dilanda wabak COVID-19 dengan 83 kluster (sekitar 76 peratus) lagi dilaporkan untuk sepanjang tempoh seminggu lalu, daripada 110 kluster baharu yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Semalam (28 Januari) sahaja, sebanyak 19 kluster pendidikan direkod daripada 23 kluster baharu, sementara bakinya adalah kluster tempat kerja. Kluster pendidikan itu dilaporkan di Johor (2), Kedah (2), Kelantan (2), Melaka (3), Pahang (1), Perak (1), Perlis (1), Sabah (1), Selangor (5) dan WP Kuala Lumpur (1). -
BERNAMA
0 Comments