Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 28 Jan -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mencecah paras tertinggi sepanjang masa baharu pada Jumaat berikutan pengeluaran dijangka rendah di samping prestasi minyak kacang soya yang kukuh di Lembaga Dagangan Chicago (CBOT), kata peniaga minyak sawit, David Ng. -
BERNAMA
0 Comments