Rencana : Masalah Kencing Kerap Boleh Dirawat Dan Dipulihkan


Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Dalam keadaan kebanyakan ahli masyarakat terpaksa berada dan bekerja di rumah pada sepanjang masa disebabkan sekatan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara, semakin ramai yang mengadu mereka mengalami masalah kencing kerap, kata seorang pakar urologi. Dalam kebanyakan kes, pesakit mengesyaki mereka mengalami masalah  pundi kencing terlalu aktif atau OAB dan meminta dirawat untuk penyakit itu.  Bagaimanapun, sebelum sebarang ubat-ubatan atau rawatan diberikan, doktor perlu pastikan punca sebenar pesakit mengalami masalah itu kerana kerap buang air kecil juga mungkin berpunca daripada jangkitan saluran kencing atau hanya disebabkan terlalu banyak mengambil cecair. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments