Rencana : COVID-19: Kelonggaran Untuk Negeri Catat Kes Harian Rendah


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 26 Jun hingga pukul 12:00tgh 2 Julai 2021. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 758 ribu. Di peringkat global, lebih 183 juta kes dilaporkan dengan kes kematian menghampiri 4 juta. Lebih 167juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Ketika kebanyakan negeri bergelut dengan kes harian baharu COVID-19 yang tinggi, dan daerah serta lokaliti tertentu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar, tiga negeri di Semenanjung mencatat angka jangkitan yang rendah. Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (26 Jun hingga 1 Julai 2021), Terengganu dan WP Putrajaya secara konsistennya mencatat kes dua angka, sementara Perlis antara satu angka dan sifar kes. Semalam Khamis 1 Julai, Terengganu merekod 50 kes harian baharu (kumulatif 11,251 kes), sementara WP Putrajaya 10 kes (kumulatif 2,312 kes) dan Perlis 1 kes (kumulatif 595 kes). Perlis pada 29 Jun dan 27 Jun mencatat sifar kes. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments